Pages

Tuesday, April 29, 2014

JURNAL RELFEKTIF MINGGUAN_PRAKTIKUM

Bil. Jurnal                                : Ke- 3
Minggu praktikum                   : Ke-3
Tarikh peristiwa/ kejadian       : 13 Febuari 2014

Tajuk jurnal                             : Kurang kerjasama daripada murid.

1.    Masalah peristiwa
Pada minggu ini, daripada pemerhatian dan penilaian saya, saya dapati murid kurang memberi kerjasama ketika aktiviti berkumpulan. Terdapat segelintir murid yang bersungguh-sungguh mencari jawapan dan berusaha menyelesaikan soalan. Walaubagaimanapun, sebilangan murid didapati tidak melibatkan diri atau kurang memberikan kerjasama dalam kumpulan. Hal ini terjadi kemungkinan disebabkan faktor social di dalam bilik darjah. Murid didapati mempunyai kumpulan social masing-masing. Ada di antara mereka yang berada di dalam satu kumpulan tidak mempunyai hubungan baik sesame sendiri. Oleh itu, ada sebilangan murid mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri dan kurang memberi kerjasama ketika aktiviti kumpulan.

2.    Analisis
Murid-murid didapati kurang atau tidak memberi serta menyumbang sebarang idea dan pendapat ketika sesi perbincangan kumpulan. Hal ini dapat dikesan dan paling ketara dilihat ketika sesi pembentangan kumpulan.

3.    Cadangan Tindakan Susulan
Guru memberi nasihat dan dorongan kepada murid yang kurang memberi kerjasama ketika aktiviti berkumpulan. Guru juga sentiasa menegur mereka setiap kali mereka menjauhkan diri atau membuat hal sendiri ketika aktiviti berkumpulan.

4.    Tempoh Masa Tindakan Susulan
9 Fabuari 2014 hingga 13 Febuari 2014

Disemak oleh Guru Pembimbing:                              Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing:

Tandatangan   :….......………………..                        Tandatangan   :…………………………….
Nama             : ……….………………….                    Tandatangan   :…………………………….
Tarikh          :.....………………………….                    Tarikh              : ……………………………

PERNYATAAN PROFESIONAL SEMASA PRAKTIKUM

Semasa praktikum:
            Saya merupakan pelajar DPLI-KDC Interim, opsyen Bahasa Melayu. Saya telah menjalani praktikum di SJKC Tiram selama 2 bulan bermula dari 19 Januari 2014. Tujuan menjalani latihan praktikum ini adalah untuk guru pelatih membiasakan diri dengan keadaan dan situasi di sekolah. Selain itu, memberi pengalaman yang berguna dan bermakna kepada guru pelatih semasa menjalani latihan praktikum di sekolah. Saya telah diamanahkan untuk mengajar Bahasa Malaysia di dua kelas tahun 4 di sekolah ini. Masa yang diperuntukan untuk satu minggu bagi mata pelajaran ini ialah 8 waktu. Walaubagaimana pun, saya dikehendaki memperuntukan 10 masa (5 jam) seminggu untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu sepanjang tempoh praktikum ini. Saya telah dilantik sebagai guru penasihat bagi Kelab Komputer dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). Di sekolah ini, aktiviti kokurikulum akan diadakan sekali dalam dua minggu. Saya berasa seronok ketika menjalankan aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah ini.
 Sepanjang menjalani latihan praktikum di sekolah ini, saya banyak mempelajari cara-cara mengaplikasi teknik-teknik mengajar yang telah dipelajari. Pensyarah pembimbing saya, Pn. Hjh Noraisikin telah benyak membantu saya dan memberi tunjuk ajar kepada saya tentang cara melaksanakan latihan praktikum dengan baik dan cara melengkapkan portfolio dengan sempurna. Begitu juga dengan guru pembimbing saya, Cik Nor Rumaizah telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya tentang bagaimana untuk mengurus sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
            Dalam tempoh 2 bulan ini, saya mendapati banyak masalah pembelajaran Bahasa Malaysia di kalangan murid-murid SJKC Tiram. Antara masalah yang dapat dikesan ialah kelemahan bertutur dalam Bahasa Malaysia, kesalahan menggunakan kata ganti nama diri kami dan kita, kelemahan dalam membina ayat dan karangan, kurang minat terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia dan sebagainya. Hal ini adalah kerana Bahasa Malaysia adalah bahasa kedua dalam kalangan murid bukan melayu. Mereka dilihat berusaha untuk memahami maksud setiap perkataan dan ada di antara mereka yang bersungguh-sungguh serta berminat untuk mempelajari Bahasa Malaysia dengan baik.
            Selain itu, murid diberikan latihan tatabahasa bagi membantu mereka membina ayat dengan betul dan tepat. Murid juga dilatih membina karangan berpandukan rangka karangan yang disediakan. Kemudian, murid dilatih membina draf karangan sebelum menghasilkan karangan yang baik dan berkualiti. Murid diberi beberapa latihan sebagai persediaan menghadapi ujian Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Guru telah menyediakan set soalan kertas penulisan. Dalam latihan ini, murid diminta membina ayat berdasarkan gambar, membina huraian berdasarkan nilai murni dan situasi, dan murid juga dibimbing membina karangan mengenai guru kesayangan mereka. Dengan latihan ini, murid menunjukan pencapaian yang agak baik dalam ujian Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bulan Mac.
            Aktiviti kokurikulum sekolah dijalankan pada hari Sabtu 2 minggu sekali. Banyak pengalaman yang saya dapati ketika menjalankan tugas sebagai guru penasihat Kelab Komputer dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh praktikum ini. Dalam masa yang sama guru berpeluang untuk mempelajari dengan lebih dalam lagi cara-cara menguruskan dan menjalankan aktiviti kelab dan badan beruniform.

            Selaku guru pelatih, saya berharap latihan praktikum ini akan memberikan pengetahuan, pengalaman dan pembaharuan dalam diri saya. Hal ini untuk membantu meningkatkan lagi kemahiran saya sebagai seorang guru yang berdedikasi, bertanggungjawab dan berwawasan.