Perbezaan individu.
Tugasan
ini merupakan tugasan yang amat berguna untuk menilai tahap kebolehan,
kecergasan, rohani, intelek dan kognitif murid. Murid-murid di sekolah rendah
mesti dinilai dari awal lagi untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
Papalia (2001), mengatakan manusia
berbeza dari segi jantina, berat, bentuk badan, tahap kesihatan dan tenaga,
personaliti, dan emosi.
Slavin (1997), mengaitkan perbezaan
individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Faktor persekitaran pula
seperti gaya hidup keluarga, sosio-ekonomi keluarga, pengaruh persekitaran di
rumah dan disekolah.
Sepanjang menjalankan tugasan ini,
guru telah menggunakan beberapa aspek berdasarkan teori dan menyesuaikan serta
mengaplikasikan dalam membuat penilaian. Hal ini disebabkan kesesuaian teori
itu bergantung kepada persekitaran, dan masyarakat dalam kawasan kajian.
Perbezaan fizikal
Semua
murid berbeza dari segi saiz dan bentuk menyebabkan perbezaan kepada kekuatan
fizikal. Secara amnya, kekuatan fizikal murid lelaki lebih kuat berbanding
murid perempuan. Murid lelaki biasanya lebih lasak dan gemar terlibat dalam
aktiviti luar seperti mendaki gunung, berkayak, bermain papan luncur dan
lain-lain aktiviti yang mencabar.
Perbezaan
dari segi umur dan kematangan juga mempengaruhi kebolehan pembelajarab murid.
Contohnya, murid yang lebih matang di dalam kelas mempunyai pencapaian akedemik
yang lebih baik. banyak kajian telah menunjukkan murid perempuan murid
perempuan mempunyai pencapaian akedemik yang lebih baik daripada murid lelaki.
Tetapi, di peringkat sekolah menengah dan selepas berumur 15 tahun, murid-
murid lelaki lebih Berjaya berbanding dengan murid-murid perempuan.
Perbezaan
fizikal juga jelas kelihatan dari segi warna kulit, mata, rambut, dan kadar kebotakan
dan mempunyai uban. Akal atau struktur kognitif juga berubah mengikut
kematangan.
Perbezaan
Kognitif.
Secara
lazimnya semua manusia mempunyai kebolehan kognitif yang berbeza-beza termasuk
kebolehan lisan, memproses maklumat, kebolehan ‘spatial’ dan matematik. Memori
dan kemahiran menulis adalah berbeza di kalangan murid-murid. Secara amnya,
murid-murid perempuan lebih baik dari segi ingatan daripada murid lelaki
terutama di sekolah rendah. Kebolehan spatial ialah kebolehan mengagak membuat
sesuatu, contohnya memasukkan perabot ke dalam kereta.
Kebiasaannya,
murid-murid lelaki lebih baik dalam bidang matematik dan sains, tetapi
murid-murid perempuan lebih bagus dalam aspek mebaca dan bidang sastera.
Selain
itu, masalah pembelajaran seperti Kurang Upaya Kognitif seperti disleksia dan
‘Attention Defict Hyperactive Disorder’ (ADHD) atau ‘Learning disabilites’ (LD)
mencacatkan kebolehan murid-murid untuk mencapai pencapaian akedemik yang lebih
tinggi.
Murid-murid
mempunyai kepelbagaian tahap kestabilan emosi. Kepelbagaian ini disebabkan oleh
keadaan emosi di sekeliling murid-murid semasa proses pembesaran mereka. Emosi
seseorang kanak-kanak berasal daripada ibu bapa dan keluarganya yang mempunyai
pelbagai kemahiran bersosial dan tahap sosio-emosi yang berbeza. Hal ini akan
mengakibatkan melahirkan personality murid-murid yang berbeza.
Sesetengah
murid mempunyai tahap kecergasan emosi (EQ) yang tinggi berbanding murid-murid
yang lain. Perezaan emosi merangkumi emosi-emosi ketakutan, sensitive, cepat
marah, pemalu dan pasif.
Perbezaan
Sosial
Perbezaan
sosial berpunca dari latarbelakang sosio-ekonomi murid-murid dan kapasiti pendapatan
keluarga masing-masing.
Murid-murid
berasal dari kalangan keluarga yang mewah mendapat nutrisi yang lebih bagus dan
keadaan fizikal yang terjaga rapi. Manakala murid-murid yang berasal dari
keluarga kelas pertengahan mendedahkan anak-anak mereka kepada pelbagai
aktiviti yang mencabar seperti perkhemahan dan bengkel-bengkel kemahiran.
Murid-murid
yang berasal dari keluarga yang susah pula tidak mampu mempunyai nutrisi yang
seimbang dan tidak mempunyai begitu banyak peluang untuk melibatkan diri dalam
program-program yang pelbagai dan tidak
mampu menghadiri kelas-kelas teras utama.
Perbezaan
Budaya
Perbezaan
budaya wujud di dalam kelas yang terdapat pelbagai kaum seperti Melayu, Cina,
India dan etnik yang lain. Perbezaan ini merangkumi perayaan, sistem
kepercayaan, makanan dan pemakaian murid-murid.
Oleh
itu, murid-murid perlu mempunyai pengetahuan dan hormat-menghormati terhadap
perbezaan budaya itu.
Perbezaan
rohani dan Agama
Setiap
individu mempunyai falsafah hidup dan keagamaan yang berbeza dengan individu yang
lain. Mereka mempunyai agama mereka yang tersendiri. Anak- anak akan biasa mengikuti
agama ibu bapa mereka. Contoh: Murid- murid daripada bangsa yang berlainan akan
pergi ke tempat-tempat ibadat yang berlainan dan mempunyai kepercayaan- kepercayaan
yang berlainan.
Perbezaan
individu antara Tan Fang Ling dan Soo Mei Xuan:
Berdasarkan temubual dan pemerhatian
yang dilakukan ke atas kedua-dua murid, guru mendapati banyak perbezaan dari
pelbagai aspek. Perbezaan yang ketara dapat dilihat dari fizikal iaitu rupa
paras dan warna kulit mereka.
Dari segi latarbelakang keluarga Tan
Fang Ling, perbezaannya ialah keturunan ibu dan bapa adalah berlainan. Mendiang
bapa Tan Fang Ling berketurunan cina manakala ibunya berketurunan india. Oleh
itu, murid ini dibesarkan dengan cara dan kepercayaan dua kaum tetapi selepas
kematian bapanya dia dibesarkan dalam tatacara dan kepercayaan kaum india. Berbeza dengan Soo Mei Xuan, dia dibesarkan
dengan kasih sayang keluarga yang cukup. Dia juga menjalani kehidupan sebagai
masyarakat cina yang sempurna dan lengkap dengan adat dan kepercayaan nenek
moyang. Hal ini jelas membuktikan tentang teori havighurst (1900-1991) yang menyatakan
konsep perkembangan manusia berdasarkan penguasaan ke atas tugasan-tugasan
kebudayaan yang berkaitan dengan umur seseorang.
Lev Vygotsky (1896-1934) ada
menyebut perkembangan kognitif dipengaruhi oleh interaksi sosial dengan
individu yang mahir dan cekap. Dalam hal ini dapat dilihat dalam perbandingan
tahap pemikiran dan tindakbalas murid. Tan Fang Ling seorang yang pendiam dan
jarang berkomunikasi dengan rakan tetapi kerap berkomunikasi dan bertanya
dengan guru. Oleh itu, Tan Fang Ling memperolehi markah pencapaian ujian daln
dalam kelas lebih tinggi daripada Soo Mei Xuan.
Dari segi sosial pula teori yang
digunakan untuk membuktikan dan menilai tahap sosial kedua-dua murid ini ialah
Teori Personaliti Erikson, Erik Erikson (1902-1994). Teori ini menjelaskan
bahawa perkembangan personality berhubungkait dengan nilai-nilai keibubapaan
dan kemasyarakatan. Dalam teori ini setiap individu akan melalui 8 peringkat
dan peringkat yang terlibat ialah peringkat ‘berdaya usaha lawan rendah diri.’
Dalam hal ini perbezaan antara Tan fang Ling dan Soo Mei Xuan amat ketara di
mana Tan Fang Ling merupakan seorang murid yang pendiam dan jarang
bergurau-senda atau berkomunikasi dengan aktif sesama rakan sekelas. Berbeza
dengan Soo Mei Xuan yang mempunyai pengaruh tertentu dalam kalangan murid-murid
kelas 4J. Latarbelakang keluarga Tan Fang Ling mempengaruhi pembentukan nilai
jati diri dan sikap murid ini. Seperti yang diberitahu, murid ini dibesarkan
tanpa kasih saying seorang bapa sejak dia berumur 8 tahun. Selain itu
kemungkinan sikap pemalu itu diwarisi daripada mendiang bapa Tan Fang Ling.
Perbezaan budaya antara Tan Fang
Ling dan Soo Mei Xuan jelas dilihat dari segi keturunan dan bangsa ibu bapa
masing-masing. Soo Mei Xuan dibesarkan dengan adat masyarakat cina sepenuhnya
kerana ibu bapa murid ini berbangsa cina. Berbeza dengan Tan Fang Ling yang
berlatarbelakangkan dua bangsa iaitu cina dan india. Sebelum kematian bapa Tan
fang Ling dibesarkan mengikut adat masyarakat cina di Malaysia. Selepas itu,
ibu Tan Fang Ling mendidik anak-anaknya mengikut budaya masyarakat cina tetapi
masih beragama budha. Budaya masyarakat india memakai tangkal yang diperbuat
daripada kain atau tali yang ikat di pergelangan tangan dan dikalungkan di
leher. Soo Mei Xuan pula memakai tangkal sembahyang yang diperoleh daripada
tokong. Rantai emas atau bukan emas boleh dijadikan tangkal sembahyang
melambangkan kepercayaan dan budaya masyarakat cina di Malaysia. Perbezaan ini
juga dapat menjelaskan perbezaan dari segi agama dan rohani antara kedua-murid
murid.
Akhir sekali perbezaan dari segi
kesihatan dan jasmani. Oleh kerana saiz badan dan ketinggian antara Tan Fang
Ling dan Soo Mei Xuan tidak terlalu ketara, kemampuan kedua-dua murid ini tidak
begitu berbeza. Kedua-dua murid ini mempunyai tahap kesihatan yang baik. Tetapi
perbezaan tentang aktiviti dan sukan yang diminati dapat dilihat dengan jelas
pada biodata ringkas mereka. Tan Fang Ling lebih gemar membaca buku ketika masa
lapang berbanding Soo Mei Xuan yang suka bermain badminton. Jadi, Soo Mei Xuan
lebih aktif bersosial di dalam kelas berbanding Tan Fang Ling kerana Soo Mei
Xuan sentiasa mencari peluang dalam berkawan dan berkomunikasi.
Kesimpulannya, perbezaan individu
dapat dilakukan dengan membandingkan ciri-ciri fizikal, emosi, kognitif,
sosial, budaya dan agama, dan kesihatan dan jasmani. Semua faktor ini berkaitan
satu sama lain dan setiap individu mempunyai tahap JERIS yang berbeza antara
satu sama lain. Oleh itu, kajian menujukan tentang perbezaan individu amatlah
penting bagi membantu guru meletakkan target pencapaian markah di dalam kelas.
No comments:
Post a Comment