Pages

Thursday, June 6, 2013

FB

Perbezaan Individu



Perbezaan individu.
Tugasan ini merupakan tugasan yang amat berguna untuk menilai tahap kebolehan, kecergasan, rohani, intelek dan kognitif murid. Murid-murid di sekolah rendah mesti dinilai dari awal lagi untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
Papalia (2001), mengatakan manusia berbeza dari segi jantina, berat, bentuk badan, tahap kesihatan dan tenaga, personaliti, dan emosi.
Slavin (1997), mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Faktor persekitaran pula seperti gaya hidup keluarga, sosio-ekonomi keluarga, pengaruh persekitaran di rumah dan disekolah.        
Sepanjang menjalankan tugasan ini, guru telah menggunakan beberapa aspek berdasarkan teori dan menyesuaikan serta mengaplikasikan dalam membuat penilaian. Hal ini disebabkan kesesuaian teori itu bergantung kepada persekitaran, dan masyarakat dalam kawasan kajian.
Perbezaan fizikal
Semua murid berbeza dari segi saiz dan bentuk menyebabkan perbezaan kepada kekuatan fizikal. Secara amnya, kekuatan fizikal murid lelaki lebih kuat berbanding murid perempuan. Murid lelaki biasanya lebih lasak dan gemar terlibat dalam aktiviti luar seperti mendaki gunung, berkayak, bermain papan luncur dan lain-lain aktiviti yang mencabar.
Perbezaan dari segi umur dan kematangan juga mempengaruhi kebolehan pembelajarab murid. Contohnya, murid yang lebih matang di dalam kelas mempunyai pencapaian akedemik yang lebih baik. banyak kajian telah menunjukkan murid perempuan murid perempuan mempunyai pencapaian akedemik yang lebih baik daripada murid lelaki. Tetapi, di peringkat sekolah menengah dan selepas berumur 15 tahun, murid- murid lelaki lebih Berjaya berbanding dengan murid-murid perempuan.
Perbezaan fizikal juga jelas kelihatan dari segi warna kulit, mata, rambut, dan kadar kebotakan dan mempunyai uban. Akal atau struktur kognitif juga berubah mengikut kematangan.

Perbezaan Kognitif.
Secara lazimnya semua manusia mempunyai kebolehan kognitif yang berbeza-beza termasuk kebolehan lisan, memproses maklumat, kebolehan ‘spatial’ dan matematik. Memori dan kemahiran menulis adalah berbeza di kalangan murid-murid. Secara amnya, murid-murid perempuan lebih baik dari segi ingatan daripada murid lelaki terutama di sekolah rendah. Kebolehan spatial ialah kebolehan mengagak membuat sesuatu, contohnya memasukkan perabot ke dalam kereta.
Kebiasaannya, murid-murid lelaki lebih baik dalam bidang matematik dan sains, tetapi murid-murid perempuan lebih bagus dalam aspek mebaca dan bidang sastera.
Selain itu, masalah pembelajaran seperti Kurang Upaya Kognitif seperti disleksia dan ‘Attention Defict Hyperactive Disorder’ (ADHD) atau ‘Learning disabilites’ (LD) mencacatkan kebolehan murid-murid untuk mencapai pencapaian akedemik yang lebih tinggi.
Murid-murid mempunyai kepelbagaian tahap kestabilan emosi. Kepelbagaian ini disebabkan oleh keadaan emosi di sekeliling murid-murid semasa proses pembesaran mereka. Emosi seseorang kanak-kanak berasal daripada ibu bapa dan keluarganya yang mempunyai pelbagai kemahiran bersosial dan tahap sosio-emosi yang berbeza. Hal ini akan mengakibatkan melahirkan personality murid-murid yang berbeza.
Sesetengah murid mempunyai tahap kecergasan emosi (EQ) yang tinggi berbanding murid-murid yang lain. Perezaan emosi merangkumi emosi-emosi ketakutan, sensitive, cepat marah, pemalu dan pasif.


Perbezaan Sosial
Perbezaan sosial berpunca dari latarbelakang sosio-ekonomi murid-murid dan kapasiti pendapatan keluarga masing-masing.
Murid-murid berasal dari kalangan keluarga yang mewah mendapat nutrisi yang lebih bagus dan keadaan fizikal yang terjaga rapi. Manakala murid-murid yang berasal dari keluarga kelas pertengahan mendedahkan anak-anak mereka kepada pelbagai aktiviti yang mencabar seperti perkhemahan dan bengkel-bengkel kemahiran.
Murid-murid yang berasal dari keluarga yang susah pula tidak mampu mempunyai nutrisi yang seimbang dan tidak mempunyai begitu banyak peluang untuk melibatkan diri dalam program-program  yang pelbagai dan tidak mampu menghadiri kelas-kelas teras utama.
Perbezaan Budaya
Perbezaan budaya wujud di dalam kelas yang terdapat pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan etnik yang lain. Perbezaan ini merangkumi perayaan, sistem kepercayaan, makanan dan pemakaian murid-murid.
Oleh itu, murid-murid perlu mempunyai pengetahuan dan hormat-menghormati terhadap perbezaan budaya itu.

Perbezaan rohani dan Agama
Setiap individu mempunyai falsafah hidup dan keagamaan yang berbeza dengan individu yang lain. Mereka mempunyai agama mereka yang tersendiri. Anak- anak akan biasa mengikuti agama ibu bapa mereka. Contoh: Murid- murid daripada bangsa yang berlainan akan pergi ke tempat-tempat ibadat yang berlainan dan mempunyai kepercayaan- kepercayaan yang berlainan.

Perbezaan individu antara Tan Fang Ling dan Soo Mei Xuan:
            Berdasarkan temubual dan pemerhatian yang dilakukan ke atas kedua-dua murid, guru mendapati banyak perbezaan dari pelbagai aspek. Perbezaan yang ketara dapat dilihat dari fizikal iaitu rupa paras dan warna kulit mereka.
            Dari segi latarbelakang keluarga Tan Fang Ling, perbezaannya ialah keturunan ibu dan bapa adalah berlainan. Mendiang bapa Tan Fang Ling berketurunan cina manakala ibunya berketurunan india. Oleh itu, murid ini dibesarkan dengan cara dan kepercayaan dua kaum tetapi selepas kematian bapanya dia dibesarkan dalam tatacara dan kepercayaan kaum india.  Berbeza dengan Soo Mei Xuan, dia dibesarkan dengan kasih sayang keluarga yang cukup. Dia juga menjalani kehidupan sebagai masyarakat cina yang sempurna dan lengkap dengan adat dan kepercayaan nenek moyang. Hal ini jelas membuktikan tentang teori havighurst (1900-1991) yang menyatakan konsep perkembangan manusia berdasarkan penguasaan ke atas tugasan-tugasan kebudayaan yang berkaitan dengan umur seseorang.
            Lev Vygotsky (1896-1934) ada menyebut perkembangan kognitif dipengaruhi oleh interaksi sosial dengan individu yang mahir dan cekap. Dalam hal ini dapat dilihat dalam perbandingan tahap pemikiran dan tindakbalas murid. Tan Fang Ling seorang yang pendiam dan jarang berkomunikasi dengan rakan tetapi kerap berkomunikasi dan bertanya dengan guru. Oleh itu, Tan Fang Ling memperolehi markah pencapaian ujian daln dalam kelas lebih tinggi daripada Soo Mei Xuan.
            Dari segi sosial pula teori yang digunakan untuk membuktikan dan menilai tahap sosial kedua-dua murid ini ialah Teori Personaliti Erikson, Erik Erikson (1902-1994). Teori ini menjelaskan bahawa perkembangan personality berhubungkait dengan nilai-nilai keibubapaan dan kemasyarakatan. Dalam teori ini setiap individu akan melalui 8 peringkat dan peringkat yang terlibat ialah peringkat ‘berdaya usaha lawan rendah diri.’ Dalam hal ini perbezaan antara Tan fang Ling dan Soo Mei Xuan amat ketara di mana Tan Fang Ling merupakan seorang murid yang pendiam dan jarang bergurau-senda atau berkomunikasi dengan aktif sesama rakan sekelas. Berbeza dengan Soo Mei Xuan yang mempunyai pengaruh tertentu dalam kalangan murid-murid kelas 4J. Latarbelakang keluarga Tan Fang Ling mempengaruhi pembentukan nilai jati diri dan sikap murid ini. Seperti yang diberitahu, murid ini dibesarkan tanpa kasih saying seorang bapa sejak dia berumur 8 tahun. Selain itu kemungkinan sikap pemalu itu diwarisi daripada mendiang bapa Tan Fang Ling.
            Perbezaan budaya antara Tan Fang Ling dan Soo Mei Xuan jelas dilihat dari segi keturunan dan bangsa ibu bapa masing-masing. Soo Mei Xuan dibesarkan dengan adat masyarakat cina sepenuhnya kerana ibu bapa murid ini berbangsa cina. Berbeza dengan Tan Fang Ling yang berlatarbelakangkan dua bangsa iaitu cina dan india. Sebelum kematian bapa Tan fang Ling dibesarkan mengikut adat masyarakat cina di Malaysia. Selepas itu, ibu Tan Fang Ling mendidik anak-anaknya mengikut budaya masyarakat cina tetapi masih beragama budha. Budaya masyarakat india memakai tangkal yang diperbuat daripada kain atau tali yang ikat di pergelangan tangan dan dikalungkan di leher. Soo Mei Xuan pula memakai tangkal sembahyang yang diperoleh daripada tokong. Rantai emas atau bukan emas boleh dijadikan tangkal sembahyang melambangkan kepercayaan dan budaya masyarakat cina di Malaysia. Perbezaan ini juga dapat menjelaskan perbezaan dari segi agama dan rohani antara kedua-murid murid.
            Akhir sekali perbezaan dari segi kesihatan dan jasmani. Oleh kerana saiz badan dan ketinggian antara Tan Fang Ling dan Soo Mei Xuan tidak terlalu ketara, kemampuan kedua-dua murid ini tidak begitu berbeza. Kedua-dua murid ini mempunyai tahap kesihatan yang baik. Tetapi perbezaan tentang aktiviti dan sukan yang diminati dapat dilihat dengan jelas pada biodata ringkas mereka. Tan Fang Ling lebih gemar membaca buku ketika masa lapang berbanding Soo Mei Xuan yang suka bermain badminton. Jadi, Soo Mei Xuan lebih aktif bersosial di dalam kelas berbanding Tan Fang Ling kerana Soo Mei Xuan sentiasa mencari peluang dalam berkawan dan berkomunikasi.
            Kesimpulannya, perbezaan individu dapat dilakukan dengan membandingkan ciri-ciri fizikal, emosi, kognitif, sosial, budaya dan agama, dan kesihatan dan jasmani. Semua faktor ini berkaitan satu sama lain dan setiap individu mempunyai tahap JERIS yang berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, kajian menujukan tentang perbezaan individu amatlah penting bagi membantu guru meletakkan target pencapaian markah di dalam kelas.
 

Teori pemerolehan dan teori huraian bahasa



1.0       PENGENALAN
Bahasa memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Penguasaan bahasa yang baik akan membantu murid bertutur, mendengar, mentaksir, merakam dan menghuraikan pendapat dengan tepat, mudah dan menarik. Justeru, dalam melengkapkan diri untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara, setiap individu perlu membina keyakinan dan jati diri melalui penguasaan bahasa yang bagus dalam komunikasi.

Bahasa Melayu dijadikan sebagai mata pelajaran wajib yang selaras dengan statusnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bangsa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Sebagai guru Bahasa Melayu, kita bertanggungjawab terhadap penguasaan Bahasa Melayu setiap murid kita yang bakal menjadi pemimpin negara masa hadapan.

Menurut Nuraini Yusoff et al (2005), Bahasa Melayu telah memainkan peranan yang penting semenjak zaman berzaman, iaitu sebelum kedatangan pengaruh barat ke rantau kepulauan Melayu. Walau bagaimanapun, penekanan terhadap teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam era globalisasi telah menggugat peranan Bahasa Melayu. Oleh itu, banyak perubahan telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Melayu murid seperti dasar MBMMBI, LINUS, KSSR dan sebagainya. Namun begitu, sebagaimana yang kita semua maklum kejayaan dasar-dasar tersebut masih belum dicapai sepenuhnya. Sebagai guru, kita perlu melaksanakan tanggungjawab kita dalam membantu murid-murid kita menguasai Bahasa Melayu demi mencapai hasrat dan aspirasi pendidikan negara.

2.0       TEORI HURAIAN BAHASA & TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Bahasa adalah alat untuk berkomunikasi dan dianggap sebagai tingkah laku manusia melalui ucapan. Teori Huraian Bahasa mengkaji hubungan bahasa dengan jiwa manusia, jenis-jenis bahasa, bentuk-bentuk bahasa dan perkataan yang digunakan oleh penutur serta hubungannya dengan fikiran dan jiwa penutur. Aliran kajian tatabahasa yang terkenal membahagikan Teori Huraian Bahasa kepada empat iaitu aliran tatabahasa tradisional, struktural dan transformasi generatif serta fungsional. Terdapat beberapa perbezaan pendapat dalam setiap aliran bergantung kepada pengaruh yang diterima oleh aliran tersebut. Teori Pemerolehan Bahasa mengkaji bahasa sebagai alat komunikasi dan perubahan bentuk bahasa yang berlaku ketika seseorang itu berkomunikasi dan bahasa berkeupayaan menyampaikan maklumat tentang penuturnya. Eleman dalam struktur bahasa ialah semantik bukan hubungan sintaksis dari segi struktur bahasa.
Rajah 1: Elemen Teori Huraian Bahasa & Teori Pemerolehan Bahasa
Rajah 2: Teori Tradisional (Panini)
Rajah 3: Teori Struktural (Bloomfield)
Rajah 4: Teori Transformasi-Generatif (Chomsky)
Rajah 5: Teori Fungsionalis (Halliday & Wilkins)
Rajah 6: Teori Behaviourisme (Skinner)


Rajah 7: Teori Kognitif
Rajah 8: Teori Interaksionalisme

Rajah 9: Teori Mentalis

3.0       FALSAFAH, OBJEKTIF DAN ORGANISASI KANDUNGAN SUKATAN  PELAJARAN BAHASA MELAYU
Kurikulum Bahasa Melayu digubal untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu melatih murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara gramatis. Pendidikan Bahasa Melayu bertujuan membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat. Selain itu, Pendidikan Bahasa Melayu berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat.

3.1       Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR)  
Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, menjelaskan bahawa Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Dengan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu, murid yang cekap berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat dapat dilahirkan. Murid juga akan mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK).

Matlamat sukatan pelajaran Bahasa Melayu KBSR adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian. Berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (KBSR), pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat:
1.    Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan  alam konteks perbualan harian dan situasi formal.
2.    Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi.
3.    Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara.
4.    Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis.
5.    Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan.
6.    Memperkembangkan kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis.
7.    Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul.
8.    Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
9.    Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu.
10. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan cinta akan negara.

Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR berfokus kepada hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran ini berteraskan Kemahiran Bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahira Membaca, dan Kemahiran Menulis. Hasil Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dan disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.

Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, Hasil Pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, Hasil Pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang berfokus kepada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai Hasil Pembelajaran. Hasil Pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar, cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, nilai kewarganegaraan, dan patriotisme juga diberi penekanan selaras dengan matlamat negara dalam membangunkan masyarakat madani.

3.2       Kurikulum Standard Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KSSR)   
Menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2012), KSSR dibangunkan sejajar dengan perubahan terkini dalam globalisasi pendidikan dan dunia pendidikan. Dengan berlandaskan FPK dan mengekalkan prinsip KBSR, penambahbaikan dilakukan kepada reka bentuk organisasi, pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum untuk KSSR (Noriati A. Rashid et al, 2012). 

Kurikulum Standard Bahasa Melayu Sekolah Rendah membolehkan murid memperkembangkan keupayaan dan penguasaan kemahiran bahasa, serta berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan dan bertatasusila dalam semua urusan. Standard ini juga menekankan minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Matlamat Bahasa Melayu KSSR adalah bertujuan untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian mereka.

Bahasa Melayu KSSR digubal dengan memberikan penekanan pada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran ini berpaksikan Kemahiran Bahasa dan Sistem Bahasa.
Rajah10: Kandungan Kemahiran Bahasa

Sistem Bahasa pula merangkumi perkara-perkara berikut:
a)    Tatabahasa
Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata. Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan ayat.

b)   Tanda Baca
Tanda baca penting dikuasai dalam komunikasi tulisan untuk memastikan keselarasan dan juga makna yang tepat. Misalnya, koma dan tanda noktah mewakili hentian dalam pertuturan. Penggunaan tanda baca yang betul dapat mewakili intonasi dalam bacaan dan penulisan.

c)    Sistem Ejaan
Perkara yang diberikan penekanan dalam sitem ejaan ialah pola keselarasan huruf vokal, ejaan kata pinjaman dan ejaan kata dasar serta terbitan.

d)   Sebutan & Intonasi
Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang ditekankan ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan maksud dengan tepat. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan hendaklah menggunakan sebutan bahasa Melayu baku. Intonasi ayat bahasa Melayu yang diajarkan mengikut pola seperti ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan dan sebagainya.

e)    Kosa Kata
Kosa kata terdiri daripada kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu dipertingkat dan diperkembangkan agar murid dapat mengungkapkan maklumat dan buah fikiran selaras dengan penambahan ilmu dalam mata-mata pelajaran yang dipelajari di peringkat sekolah rendah.

f)     Peribahasa
Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan dan kata-kata hikmat perlu diajarkan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Pemilihan peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.




4.0       PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai Tahun 1 pada 2011 dan bertujuan untuk menilai dan mentaksir murid dengan adil berdasarkan kebolehan, minat, dan bakat murid.

4.1       Konsep & Objektif PBS
PBS merupakan salah satu usaha kerajaan melalui Kementerian Pelajaran untuk membangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika dan moral yang tinggi. PBS menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) yang selaras dengan FPK dan KSSR.

Rajah 11 : Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah

4.2       Kebaikan PBS
Azmy Mohamed (2011) menjelaskan bahawa sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan terlalu mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam kokurikulum serta memberi tekanan kepada guru, ibu bapa dan pelajar berkenaan.

Pada pendapat saya, pelaksanaan PBS banyak memberi kebaikan kepada bidang pendidikan negara kita. Pertama, murid boleh memperbaiki kelemahan atau masalah pembelajaran di sekolah melalui penilaian dan bimbingan. Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid mengenal pasti kelemahan yang perlu dibaiki untuk memberi hasil yang lebih baik. Keadaan inilah yang memberi motivasi dan keyakinan kepada murid mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka pada masa hadapan.
           
            Selain itu, PBS juga membolehkan guru mentaksir dan memahami bakat serta kemampuan yang ada pada setiap murid. Murid tidak akan keciciran melalui pelaksanaan PBS. Justeru, murid dapat memasuki aliran yang sesuai di sekolah menengah setelah mendapat pendidikan di sekolah rendah selama 6 tahun. Murid yang lemah akademiknya boleh memasuki aliran seperti aliran seni, aliran sukan dan aliran kemahiran dan vokasional mengikut potensi dan kebolehan mereka. 

Kebaikan yang seterusnya ialah tekanan murid dapat dikurangkan dan keseronokan semasa belajar dapat diwujudkan. Melalui PBS, murid dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam pelbagai konteks keperluan serta tidak terikat dengan keperluan peperiksaan semata-mata. Justeru, murid akan belajar dalam persekitaran yang harmonis yang membolehkan mereka mengembangkan potensi mereka. Selain itu, tekanan ibu bapa yang mementingkan akademik juga dapat dikurangkan.

Seterusnya, pelaksanaan PBS dapat menggalakkan murid terlibat secara aktif dalam aktiviti kokurikulum. Murid tidak perlu berhadapan dengan pendidikan yang berorentasikan peperiksaan semata-mata dan mereka boleh terlibat secara aktif dalam aktiviti sukan ataupun kokurikulum di sekolah mengikut minat dan kemampuan mereka. Fenomena ini dapat melahirkan murid yang lebih cemerlang dalam semua aspek kerana pentaksirannya dilakukan bukan sahaja terhad kepada bidang akademik tetapi juga merangkumi sahsiah, sukan dan kokurikulum.

4.3       Cabaran dan Penambahbaikan PBS
Pelaksanaan PBS banyak mendapat rungutan daripada pelbagai pihak terutamanya guru. Banyak guru mengatakan bahawa PBS membebankan mereka dalam menyediakan lembaran kerja serta memasukkan prestasi murid secara dalam talian. Hal ini dikatakan demikian kerana guru terpaksa memperuntukkan masa yang agak lama untuk mengakses Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).

Pelaksanaan PBS sepatutnya memudahkan kerja guru dalam merekod pencapaian murid dan bukannya membebankan guru. Oleh itu, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Pihak berkuasa PBS perlu menyelenggarakan SPPBS supaya sistem itu dapat menampung bilangan pengguna yang mengakses secara serentak. Selain itu, skor dalam sistem tersebut perlu dipermudahkan. Dengan ini kesukaran guru dalam melaksanakan tugas dapat diatasi.

Kedua, kebanyakan guru masih lagi tidak memahami konsep dan cara pelaksanaan PBS. Oleh itu, kemahiran dan pengetahuan guru terhadap pelaksanaan PBS ini perlu ditingkatkan melalui pendedahan ataupun latihan yang mantap. Dengan ini, guru dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mereka dengan lebih berkesan.

Dengan pelaksanaan KSSR, cabaran kepada insan guru menjadi semakin hebat dan memerlukan komitmen padu guru supaya faham, cukup berpengetahuan dan berkemahiran semasa menjalankan tugas masing-masing. Jika tidak, apa sahaja rancangan yang akan dilaksanakan hanya memberi impak minimum dan sangat perlahan, kalau pun tidak, bakal mengundang kegagalan, membazirkan masa, tenaga dan wang rakyat (Mohd Yusof Abdullah, 2011). Oleh itu, guru perlu meningkatkan kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya mencapai mutu pengajaran. 
5.0       RUMUSAN & CADANGAN
Merujuk kepada perbincangan di atas, kami berpendapat bahawa perubahan sistem pendidikan atau sukatan pelajaran yang berorientasikan program bersepadu haruslah diambil perhatian oleh semua pihak termasuk penggubal dasar, pihak pentadbiran sekolah, ibu bapa dan guru. Kejayaan sesuatu perkara memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak terutamanya guru yang memainkan peranan penting dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru sepatutnya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mereka dengan baik dan berkesan mengikut kesesuaian murid supaya memberi hasil pembelajaran kepada murid.

Sekarang, sekolah dilihat sebagai institusi yang tidak hanya menyediakan murid untuk peperiksaan semata-mata tetapi lebih berperanan dalam mendidik dan membimbing murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran ke arah pembangunan dan pembentukan modal insan yang holistis. Sebagai pendidik, kita sepatutnya mempunyai sikap, pandangan dan visi yang positif terhadap tugas dan amanah kita bagi merealisasikan tujuan dan hasrat FPK. Guru wajar dan wajib memanfaatkan segala kepakaran dan ilmunya untuk membina modal insan dalam pelbagai aspek dan dimensi demi memenuhi tuntutan FPK yang menjadi tunjang kepada sistem pendidikan di negara kita selama ini. Semua aspek yang diambil kira dapat memberi kesan positif kepada murid supaya mereka dapat mengaplikasikan ilmu dan pengetahuan yang diperolehi dalam kehidupan sebenar.

Kesimpulannya, jika setiap pendidik memahami falsafah, objektif dan organisasi kandungan sukatan pelajaran yang ditetapkan dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab profesion mereka dengan baik, sudah pasti matlamat dasar pendidikan negara akan menjadi satu kenyataan, dan bukan satu impian sahaja. 



BIBLIOGRAFI
Buku:
·         Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Kurikulum Standard Sekolah
Rendah: Bahasa Malaysia Sekolah Jenis Kebangsaan. Terbitan
Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran
Malaysia.

·         Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin & Zakiah      
Noordin. (2012). Falsafah & pendidikan di Malaysia. Siri Pendidikan
Guru: Oxford Fajar.

·         Nuraini Yusoff, Hishamuddin Isam, Faizah Ahmad, Phat a/l Awang Deng,
Rohaya Md. Ali, Nor Hafidah Ibrahim, Mashetoh Abd. Mutalib & Yusniza Yaakub. (2005). Bahasa Melayu untuk pengurusan. Sintok: Universiti Utara Malaysia. 

·         Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012). Panduan ilmu pendidikan untuk DPLI
falsafah dan etika. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.   

Terbitan Eletronik:
·         Azmy Mohamed. (2011, Disember 5). Rasional pelaksanaan PBS.
Utusan: Pendidikan. Diperolehi pada 5 April 2013, daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm

·         Mohd Yusof Abdullah et al. (2011, Mei 18). Guru penjana transformasi
negara. Minda Pendidik. Diperolehi pada 17 April 2013, daripada

·