Semasa praktikum:
Saya
merupakan pelajar DPLI-KDC Interim, opsyen Bahasa Melayu. Saya telah menjalani
praktikum di SJKC Tiram selama 2 bulan bermula dari 19 Januari 2014. Tujuan
menjalani latihan praktikum ini adalah untuk guru pelatih membiasakan diri dengan
keadaan dan situasi di sekolah. Selain itu, memberi pengalaman yang berguna dan
bermakna kepada guru pelatih semasa menjalani latihan praktikum di sekolah.
Saya telah diamanahkan untuk mengajar Bahasa Malaysia di dua kelas tahun 4 di
sekolah ini. Masa yang diperuntukan untuk satu minggu bagi mata pelajaran ini
ialah 8 waktu. Walaubagaimana pun, saya dikehendaki memperuntukan 10 masa (5
jam) seminggu untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu sepanjang tempoh
praktikum ini. Saya telah dilantik sebagai guru penasihat bagi Kelab Komputer
dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). Di sekolah ini, aktiviti kokurikulum
akan diadakan sekali dalam dua minggu. Saya berasa seronok ketika menjalankan
aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah ini.
Sepanjang menjalani latihan praktikum di
sekolah ini, saya banyak mempelajari cara-cara mengaplikasi teknik-teknik
mengajar yang telah dipelajari. Pensyarah pembimbing saya, Pn. Hjh Noraisikin
telah benyak membantu saya dan memberi tunjuk ajar kepada saya tentang cara melaksanakan
latihan praktikum dengan baik dan cara melengkapkan portfolio dengan sempurna.
Begitu juga dengan guru pembimbing saya, Cik Nor Rumaizah telah banyak memberi
tunjuk ajar kepada saya tentang bagaimana untuk mengurus sesuatu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Dalam
tempoh 2 bulan ini, saya mendapati banyak masalah pembelajaran Bahasa Malaysia
di kalangan murid-murid SJKC Tiram. Antara masalah yang dapat dikesan ialah
kelemahan bertutur dalam Bahasa Malaysia, kesalahan menggunakan kata ganti nama
diri kami dan kita, kelemahan dalam membina ayat dan karangan, kurang minat
terhadap mata pelajaran Bahasa Malaysia dan sebagainya. Hal ini adalah kerana
Bahasa Malaysia adalah bahasa kedua dalam kalangan murid bukan melayu. Mereka
dilihat berusaha untuk memahami maksud setiap perkataan dan ada di antara
mereka yang bersungguh-sungguh serta berminat untuk mempelajari Bahasa Malaysia
dengan baik.
Selain
itu, murid diberikan latihan tatabahasa bagi membantu mereka membina ayat
dengan betul dan tepat. Murid juga dilatih membina karangan berpandukan rangka
karangan yang disediakan. Kemudian, murid dilatih membina draf karangan sebelum
menghasilkan karangan yang baik dan berkualiti. Murid diberi beberapa latihan
sebagai persediaan menghadapi ujian Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Guru telah
menyediakan set soalan kertas penulisan. Dalam latihan ini, murid diminta
membina ayat berdasarkan gambar, membina huraian berdasarkan nilai murni dan
situasi, dan murid juga dibimbing membina karangan mengenai guru kesayangan mereka.
Dengan latihan ini, murid menunjukan pencapaian yang agak baik dalam ujian
Pentaksiran Berasaskan Sekolah Bulan Mac.
Aktiviti
kokurikulum sekolah dijalankan pada hari Sabtu 2 minggu sekali. Banyak pengalaman
yang saya dapati ketika menjalankan tugas sebagai guru penasihat Kelab Komputer
dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS). Pelbagai aktiviti yang dijalankan
sepanjang tempoh praktikum ini. Dalam masa yang sama guru berpeluang untuk mempelajari
dengan lebih dalam lagi cara-cara menguruskan dan menjalankan aktiviti kelab
dan badan beruniform.
Selaku
guru pelatih, saya berharap latihan praktikum ini akan memberikan pengetahuan,
pengalaman dan pembaharuan dalam diri saya. Hal ini untuk membantu meningkatkan
lagi kemahiran saya sebagai seorang guru yang berdedikasi, bertanggungjawab dan
berwawasan.
No comments:
Post a Comment