Bil. Jurnal : Ke- 3
Minggu
praktikum : Ke-3
Tarikh
peristiwa/ kejadian : 13 Febuari
2014
Tajuk jurnal : Kurang kerjasama
daripada murid.
1. Masalah peristiwa
Pada minggu ini, daripada pemerhatian
dan penilaian saya, saya dapati murid kurang memberi kerjasama ketika aktiviti
berkumpulan. Terdapat segelintir murid yang bersungguh-sungguh mencari jawapan
dan berusaha menyelesaikan soalan. Walaubagaimanapun, sebilangan murid didapati
tidak melibatkan diri atau kurang memberikan kerjasama dalam kumpulan. Hal ini
terjadi kemungkinan disebabkan faktor social di dalam bilik darjah. Murid
didapati mempunyai kumpulan social masing-masing. Ada di antara mereka yang
berada di dalam satu kumpulan tidak mempunyai hubungan baik sesame sendiri.
Oleh itu, ada sebilangan murid mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri
dan kurang memberi kerjasama ketika aktiviti kumpulan.
2. Analisis
Murid-murid
didapati kurang atau tidak memberi serta menyumbang sebarang idea dan pendapat
ketika sesi perbincangan kumpulan. Hal ini dapat dikesan dan paling ketara
dilihat ketika sesi pembentangan kumpulan.
3. Cadangan Tindakan Susulan
Guru memberi nasihat dan dorongan
kepada murid yang kurang memberi kerjasama ketika aktiviti berkumpulan. Guru
juga sentiasa menegur mereka setiap kali mereka menjauhkan diri atau membuat
hal sendiri ketika aktiviti berkumpulan.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
9 Fabuari 2014 hingga 13 Febuari 2014
Disemak
oleh Guru Pembimbing: Disahkan
oleh Pensyarah Pembimbing:
Tandatangan :….......……………….. Tandatangan :…………………………….
Nama : ……….…………………. Tandatangan :…………………………….
Tarikh :.....…………………………. Tarikh : ……………………………
No comments:
Post a Comment